
|
dnars feedback ((suck dnars))
Saturday, 16 May 2015 | 00:57 | 1 drops something
Assalamualaikum, hai kiddoss
*this is my confession*
Sekarang ni aku tengah pakai Dnars ala yang warna purple tu yang taja cerita Pelamin Fantasia dekat Maya HD tuh haa yang tu. Dnars ni ada 2 set, sensetif dengan normal. First time aku try guna ambil set sensetif sebab muka aku oily. Pakai tak sampai sebulan pun muka jadi teruk gila! like memang teruk laa. Jerawat batu lepastu jerawat takda mata tu naik all over my face.
""Like omg my face!!!!!!""
Aku dah la masa tu tengah ambil lesen moto. Tahu-tahu laa bila ambil lesen ni kena jemur bawah matahari terik kan, Dahla muka oily lagi la jerawat naik, masha Allah muka aku memang teruk laa. Jerawat tu macam tak surut dah tau. Sakit hati tu ya allah. Lepastu masa latihan moto tu aku ada jumpa kawan, kira dkat sana kami kawan baik laa, pi mana pun sekali jaa. Best jugak la dia, sporting ja. Muka licin dia, so aku pun tanya la dia,
"muka guna produk apa?"
"guna Dnars"
What the????? aku ni muka macam apa lagi kod, lepastu dia bgtau dia guna set normal. Balik ja dari latihan tu aku call my daddy
"abah!! bawak balik set dnars yang normal, sensetif tak sesuai dengan muka akak"
Lepastu blablabla aku pun pakai la set normal pulak, almost 2 bulan dah aku pakai so far okey. Muka dah putih, bebas jerawat cuma time period jaa naik dua tiga ketul. Tapi bekas jerawat yang hitam tak hilang!!!!! and still oily!!!!!! Lepastu sekarang ni tempat bekas jerawat tu merah merah macam lepas kita picit jerawat tuh. Aku tak tahu kenapa tapi aku sure sangat produk ni tak elok untuk muka aku.
Itu yang aku tak suka pasal Dnars ni, hm(sorry to dnars lovers) tapi ni memang terjadi dekat muka aku, Okey la tak kisah la korang nak percaya atau tidak tapi sekarang aku tengah survey produk dekat watson/guardian. Produk yang masok dalam watson/guardian ni selamat, takda mercury/bahan kimia which is selamat la untuk kulit muka korang. Walaupun kesan dia mungkin lambat sikit, tapi selamat!! Kita nak muka cantik untuk long-term kan.
Klau nak result cepat pakai la produk yang ada mercury/bahan kimia yang banyak. Contoh makan tabita ka pakai nv ka haa ni antara produk yang ada mercury/bahan kimia banyak gila weii. Tapi cantik sekejap jalaa lepastu rosak teruk. Siapa yang rugi? Dah muka cantik bagi rosak, sebab terpengaruh dengan iklan tv(macam aku tengok iklan dnars) lepastu habis duit beli produk tuh. Bila muka dah rosak kena keluar duit lagi nak rawat muka tu balik. Jumpa pakar kulit la itu la ini laa. So aku tekan kan dekat sini kalau nak beli produk apa pun lah collagen ka apa ka tengok ingredient dia dulu. Kalau selamat baru beli. Selalu produk local ni tak da ingredient so aku takut nak try produk local yang lain. Amik keputusan nak tukar produk bukan-local pulak. Hahahaha
tapi nak pakai produk ni tak boleh ikut orang tau, kena ikut kulit muka kita sendiri. Macam aku oily skin, aku ada a few produk rasa memang khas untuk oily skin. Contoh Hada labo, nano white, nutox(tak sure) lepastu clinelle haa ni kalau korang oily skin punya type boleh la try produk yang aku suggest ni. Ada lagi yang lain tapi aku tak tahu, produk ni ja aku tahu. Tapi make sure ambil yang starter-kit dulu. Nanti kalau tak sesuai tak daa la rugi puluhan ringgit duit korang.
Hada Labo
Clinelle
Aku belum try lagi produk-produk ni sebab aku pun masih dalam proses "survey". So aku tak boleh nak cakap aku sesuai. Produk ni semua aku boleh tahu sebab kawan-kawan aku pakai and semua cakap okey. Aku amik yang oily skin-tester jala. Yang dry skin ka normal ka aku tak sure. Produk ni memang selamat. takda mercury and higly recomended laa. Kalau tak percaya boleh tanya watson promoter tuh. Jadi pengajaran nya adalah baca ingrdient dulu sebelum beli apa-apa produk. Tak kisah la skincare ka shampoo ka lotion ka collagen ka. Lepastu tengok review(search google) okey ka tidak ya. Pesanan ikhlas dari aku, ayuni. Assalamualaikum. 1 Comment(s) iFeel what?
Tuesday, 14 April 2015 | 19:52 | 0 drops something
Assalamualaikum, hai.
Aku taktau nak cerita apa sebenarnya. Jadi hentam jala nah..
Okey harini rabu 15 april, result untuk masuk form6 dah keluar, matrik pun dah keluar. Syukur alhamdulillah dapat matrik. Sebab aku tak mau masok form6. Well duduk sekolah lagi? Aku dah 5 tahun duduk sekolah tuh. bosan la kan sebab study dalam suasana yang sama. Nak jugak berubah angin study tempat lain. Jadi setakat ni aku memang nak masok matrik *sebab result upu tak keluar lagi* Nanti bila upu dah keluar kita kira lain eh. Tengok dapat kos apa dulu.
Setakat ni mak aku dia macam tak berapa nak bagi sangat masok matrik sebab fast track, dia takut aku tak boleh bawak. Tapi sangat berbeza dengan abah aku yang sangat support aku. Dia cakap okey la dapat matrik kos akaun atlest boleh further study kos akaun sebab dalam upu aku tak letak akaun. Sebab aku tau memang susah nak dapat, almaklumlah result spm aku cukup makan ja. Syukur alhamdulillah. Abah aku tau aku minat sangat akaun jadi dia macam nak ja aku masok matrik.
Bila dapat tau aku layak, dengan pantas nya aku on laptop buat survey sikit pasal kampus ni dengan pasal kos yang aku dapat. Dan hasil nya sangat memuaskan. Banyak info yang aku dapat macam dapat tau cara belajar, susah ka tidak, suasana macam mana, belajar subjek apa, cara pakaian semua lah. Dari apa yang aku baca, matrik ni dia susah tu aku bagi 7/10 la sebab aku bukan nya ulat buku sangat. Tapi kalau subjek yang aku minat, buat latihan seharian pun xterasa penat nya haa camtu. Masa dy agak pack sebab dari pukul 8 sampai 4/5 petang camtu kelas lah. Mula-mula aku baca ja sesak jugak la nafas. hahaha hello? ni maca sekolah masa spm dulu tau. pukul 8 mula belajaq sampai pukul 3 lepastu kelas tambahan sampai pukul 5. Masya Allah kena fikir banyak kali sebelum buat keputusan nak masok ni.
Jadi dekat sini aku nak pesan walaupun macam mana pun kalau keliru sangat nak buat keputusan solat la istikharah inshaAllah boleh bantu. Allah is always be with us, just put your trust on. Lepastu mintak pendapat orang tua kita, cikgu-cikgu, seniors kita dan yang lain. Insha Allah membantu ;)
Assalam
0 Comment(s) Throwback ciked
Monday, 16 February 2015 | 06:01 | 0 drops something
Assalamualaikum.Aloha guys. Okey untuk first post aku untuk blog baru ni((yang lama lupa pasword)) mungkin pelik sikit cara tulisan dia sebab aku dah lama tak menulis. Aku nak story kisah hidup aku lepas habis spm dan tengah tunggu result ni. Sebenarnya aku dengan kawan-kawan aku rancang macam-macam masa tengah spm dulu ni. Bukan main nak buat itu ini, pergi sana sini, lepak sana sini, minum kopi tempat itu ini, nak bercuti bukan main jauh lagi dari tempat asal aku sekarang hahaha. Tapi lepas habis kertas last aku*ekonomi asas* semua senyap sepi krik krik ja. Mana taknya sorang dapat plkn, sorang kena jaga anak buah sendiri, sorang duduk dekat kampung halaman. Habis takkan aku nak melepak, melancong sana sini sorang diri? capital NO la jawapan dia. Tapi seminggu lepas habis kertas ekonomi tu, budak kelas aku kira macam ada bincang sikit laa buat *last gathering* gituuu. Masa tengah bincang tuh ada cadang nak pi langkawi bercuti satu kelas dekat sana lepastu buat bbq sekali, tapi banyak pulak alasan last-last dapat kata sepakat buat BBQ jaa dekat tasoh lake. Dekat tasoh nie best sebab angin sepoi-sepoi bahasa jaa. Sangat sesuai la untuk yang nak lepak, santai, release tension kat sini. Petang-petang angin dia kuat gila kod, aku naik moto pun boleh hilang kawalan sebab kuat sangat, tudung apatah lagi. Macam buat iklan shampoo dah tapi version tudung(apa aku cakap ni). Bila nak bbq nie mesti lah ada orang kuat dia kan, macam orang yang nak beli barang, cari barang. Cucuk segala benda nak cucuk tu kan, haa dekat sini aku dengan bangganya nak cakap bahawa AKU LAH SALAH SORANG ORANG KUAT TU! aku dengan 4-5 orang kawan aku ni lah yang urus semua benda ni, dari beli barang, set-up tempat dan sebagainya. Kami buat semua tu ambik masa kurang dari 4 hari, dan alhamdulillah berjalan lancar. Hari yang nak bbq tuh, budak kelas aku datang, letak ballons, buat bara api lepastu bakar. Happening sangat masa tuh, makanan banyak gila kod lepastu dengan kek lagi, mashaAllah sedap gila. Terus terang aku cakap, dalam 2 tahun kami 1 kelas, hari yang bbq ni lah hari yang kira paling memorable lah aku cakap. Banyak kenangan, gambar pun banyak gila kod, macam-macam gaya ada. Masa sesi bergambar lepastu nak balik tu lah aku rasa paling sedih. Ibarat dia macam sorang ke utara, sorang selatan haa macam tuh. Lepas siap kemas, masing-masing nak balik dah, pastu ada someone decide nak amik gambar semua sekali, kira kenangan la bbq sekali. Masa amik gmbar sekali tuh macam-macam gaya, lelaki perempuan semua sporting. And harus aku cakap banyak siot gambar masa tuh, hahaha. Then lepastu semua beransur pulang.... Jujur aku cakap, sampai sekarang aku still tengok lagi gambar-gambar masa bbq tuh, rindu gelak tawa semua orang. Walaupun benda nie berlaku 01-12-2014 yang lalu, sampai sekarang aku ingat lagi setiap yang terjadi. Bila ingat balik aku sedih gila sebab aku tau lepas dapat result ni semua akan buat haluan masing-masing, dah tak jumpa dah. Hanya jumpa gambar jaa sebagai ingatan. Lagi 16 hari till the day kita nak amik keputusan,. Ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku doakan kita semua #geng5cempaka akan lulus dengan cemerlang, amin. Tak kisah apa yang kita dapat nanti sebab 2 minggu sebelum mula spm tuh kita study sekali kan, bersungguh-sungguh aku tengok korang study masa tuh. Tapi janji lepas dapat nanti bersyukur sebab Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita, walaupun masa tu pahit untuk kita telan tapi insha Allah, ada yang lagi baik tengah tunggu. Aku doakan yang terbaik. Aku akhiri entry nie dengan gambar masa bbq haritu. Assalamualaikum.
#Ohana #love
0 Comment(s) | 04:05 | 0 drops something
yay i got my blog! sebenarnya buat blog baru sebab blog lama lupa password.Gila xlupa? 2 tahun aku tak bukak. mana tak lupa nya 0 Comment(s) |
Mahalo for your time, kiddo put your shoutmix / cbox here. Designer : Nieysa Credits for Basecodes & Others : ♥ ♥ ♥ ♥ |