
|
Throwback ciked
Monday, 16 February 2015 | 06:01 | 0 drops something
Assalamualaikum.Aloha guys. Okey untuk first post aku untuk blog baru ni((yang lama lupa pasword)) mungkin pelik sikit cara tulisan dia sebab aku dah lama tak menulis. Aku nak story kisah hidup aku lepas habis spm dan tengah tunggu result ni. Sebenarnya aku dengan kawan-kawan aku rancang macam-macam masa tengah spm dulu ni. Bukan main nak buat itu ini, pergi sana sini, lepak sana sini, minum kopi tempat itu ini, nak bercuti bukan main jauh lagi dari tempat asal aku sekarang hahaha. Tapi lepas habis kertas last aku*ekonomi asas* semua senyap sepi krik krik ja. Mana taknya sorang dapat plkn, sorang kena jaga anak buah sendiri, sorang duduk dekat kampung halaman. Habis takkan aku nak melepak, melancong sana sini sorang diri? capital NO la jawapan dia. Tapi seminggu lepas habis kertas ekonomi tu, budak kelas aku kira macam ada bincang sikit laa buat *last gathering* gituuu. Masa tengah bincang tuh ada cadang nak pi langkawi bercuti satu kelas dekat sana lepastu buat bbq sekali, tapi banyak pulak alasan last-last dapat kata sepakat buat BBQ jaa dekat tasoh lake. Dekat tasoh nie best sebab angin sepoi-sepoi bahasa jaa. Sangat sesuai la untuk yang nak lepak, santai, release tension kat sini. Petang-petang angin dia kuat gila kod, aku naik moto pun boleh hilang kawalan sebab kuat sangat, tudung apatah lagi. Macam buat iklan shampoo dah tapi version tudung(apa aku cakap ni). Bila nak bbq nie mesti lah ada orang kuat dia kan, macam orang yang nak beli barang, cari barang. Cucuk segala benda nak cucuk tu kan, haa dekat sini aku dengan bangganya nak cakap bahawa AKU LAH SALAH SORANG ORANG KUAT TU! aku dengan 4-5 orang kawan aku ni lah yang urus semua benda ni, dari beli barang, set-up tempat dan sebagainya. Kami buat semua tu ambik masa kurang dari 4 hari, dan alhamdulillah berjalan lancar. Hari yang nak bbq tuh, budak kelas aku datang, letak ballons, buat bara api lepastu bakar. Happening sangat masa tuh, makanan banyak gila kod lepastu dengan kek lagi, mashaAllah sedap gila. Terus terang aku cakap, dalam 2 tahun kami 1 kelas, hari yang bbq ni lah hari yang kira paling memorable lah aku cakap. Banyak kenangan, gambar pun banyak gila kod, macam-macam gaya ada. Masa sesi bergambar lepastu nak balik tu lah aku rasa paling sedih. Ibarat dia macam sorang ke utara, sorang selatan haa macam tuh. Lepas siap kemas, masing-masing nak balik dah, pastu ada someone decide nak amik gambar semua sekali, kira kenangan la bbq sekali. Masa amik gmbar sekali tuh macam-macam gaya, lelaki perempuan semua sporting. And harus aku cakap banyak siot gambar masa tuh, hahaha. Then lepastu semua beransur pulang.... Jujur aku cakap, sampai sekarang aku still tengok lagi gambar-gambar masa bbq tuh, rindu gelak tawa semua orang. Walaupun benda nie berlaku 01-12-2014 yang lalu, sampai sekarang aku ingat lagi setiap yang terjadi. Bila ingat balik aku sedih gila sebab aku tau lepas dapat result ni semua akan buat haluan masing-masing, dah tak jumpa dah. Hanya jumpa gambar jaa sebagai ingatan. Lagi 16 hari till the day kita nak amik keputusan,. Ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku doakan kita semua #geng5cempaka akan lulus dengan cemerlang, amin. Tak kisah apa yang kita dapat nanti sebab 2 minggu sebelum mula spm tuh kita study sekali kan, bersungguh-sungguh aku tengok korang study masa tuh. Tapi janji lepas dapat nanti bersyukur sebab Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita, walaupun masa tu pahit untuk kita telan tapi insha Allah, ada yang lagi baik tengah tunggu. Aku doakan yang terbaik. Aku akhiri entry nie dengan gambar masa bbq haritu. Assalamualaikum.
#Ohana #love
0 Comment(s) |
Mahalo for your time, kiddo put your shoutmix / cbox here. Designer : Nieysa Credits for Basecodes & Others : ♥ ♥ ♥ ♥ |